Si Hensem dan Si Buruk

Alkisah tersebutlah pada suatu zaman di sebuah kerajaan yg letak duduknya dirahsiakan atas sebab2 keselamatan, Raja telah melantik dua sahabat untuk menjadi pengawalnya yg setia. Yang satu tu sangatlah hensem paras rupanya, manakala yang satu lagi biasa2 jua adanya. Penduduk2 di kerajaan tersebut menggelarkan mereka dengan nama Si Hensem dan Si Buruk.
Arakian Si Hensem terserlah kesombongannya kerna paras rupanya yg hensem dan menjadi kesayangan Raja. Dia sering dijemput untuk menaiki kenderaan diraja dan turut serta di Balairong. Akan Raja pula tidak segan silu langsung apabila dilihat berada bersama2 dengan Si Hensem. Melonjak2lah kegembiraan dan kesombongan Si Hensem malah dengan sesuka hati menjerkah dan mengherdik penduduk2 di kerajaan tersebut tanpa henti.

Manakala Si Buruk pula seakan sedar akan rupa parasnya yg buruk sangatlah mesra alam dengan sesiapa jua sementelah Raja pula sudah langsung tidak menghiraukan dirinya. Persahabatan Si Buruk dan Si Hensem menjadi getir sehinggakan pernah bergaduh sehingga mencederakan masing2. Maka Raja telah menitahkan agar mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Namun panas yang diharapkan oleh Si Hensem sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Entah mengapa tiba2 Raja lost interest.. hilang minat untuk melayani kerenahnya lagi. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Tiada lagi kunjungan diraja, tiada lagi menaiki kenderaan diraja, tiada lagi makanan mewah, tiada lagi merasa duduk di Balairong beraircond. Terdiamlah Si Hensem mengenangkan nasib dirinya yang sudah tidak dipedulikan meskipun paras rupanya masih lagi hensem.

Si Buruk pula dek kerana kemesra-alamannya, adakalanya dilepas bebas tanpa pemerhatian. Namun lain nasibnya dengan Si Hensem dek kerana ke-eksen-annya dia sentiasa terkurung, hingga satu saat penduduk2 di kerajaan tersebut menyangkakan mereka sudah tidak wujud lagi.
Adapun, inilah rupa Si Buruk...
Dan ini pula rupa Si Hensem...
Labels: edit post
3 Responses
  1. razzlina Says:

    ai don andesteng yor stori...wai ???



  2. patin Says:

    hahahhaa.. metafora maaaa.... ni kisah betui ler yg terjadi kat opis ni..

    Raja = GM
    kerajaan = kampeni tempat keje ni
    balairong = bilik GM
    kenderaan diraja = kete PERDANA GM.. mind u, perdana dia wat bawak anjing nek jenjalan jekkkk...

    dulu menyampah bebenor nengokkan Bobby tu (nama si hensem tu laa). muka kemain eksen lagi gm bawak dia dok dalam bilik ekon.. meluat dengan gm pun ye gak.. macam tak sensitip jek dengan kami2 ni... laa ni ada plak anjing baru nama Lobo, habeh dah la arena kegemilangan bobby.. tu yg rasa nak gelak2kan bobby.. burwahaahhaa...


Post a Comment